RaihanHairan

Live and work but do not forget to play, to have fun in life and really enjoy it ;]

Tips Untuk Menghilangkan Rasa Mengantuk dan Kebosanan Ketika Memandu

Hi..di sini saya ingin kongsikan 7 tips yang mungkin berguna untuk anda, untuk menghiburkan dan menceriakan dan seteruskan meningkatkan pemanduan anda :)

1-Dengar Radio 

Mendengar radio merupakan aktiviti yang biasa dilakukan oleh pemandu. Sambil mendengar celoteh penyampai radio, boleh juga mengasah bakat vokal anda ketika lagu dialunkan.  Nyanyilah dengan sekuat hati dan bersungguh-sungguh dan pastikan anda boleh bawakan lagu tersebut dengan baik (tapi sebelum tu kena pastikan tingkap tertutup rapat). So nanti lepas ni kalu nak pergi pusat karaoke, boleh jimat masa pilih lagu..ups kantoi.
    2-Bersembang
    Baiklah, tips ini boleh dipraktikkan semasa anda tidak memandu keseorangan. Biasanya saya dan suami akan berbincang tentang hal keluarga atau kenangan dolu2..tak pun mengumpat orang (owh tidak yang ni tak benar).

    3-Bercakap di telefon 
    Ok, point ini sama je macam di atas. Konsepnya sama iaitu bersembang. Yang ni saya memang selalu buat. Syoknya bersembang dengan emak sampai tak sedar saya memandu dari Kuala Perlis sampai ke Alor Setar. Tapi awas, sila jangan lakukan aksi ini jika anda terlihat kelibat abang polis di tepi jalan! 

    4-Makan
    Makan adalah aktiviti kegemaranku. Kalau boleh segala jenis makanan nak makan masa memandu. Dari cendol pulut hinggalah ke kek coklat, semua ni saya pernah makan ..Yup, semasa memandu. ehe tak main la makan gula-gula. Tapi pastikan makan jangan menjejeh dan tumpah2, sebab nanti kereta anda akan menjadi sarang semut.
    Dadih berjenama Syokran yang menjadi benda-wajib-beli setiap kali singgah di Petronas Mergong

    5-Singgah
    Singgah-menginggah memang menjadi kewajipan terutamanya ketika dalam perjalanan yang panjang. Kalau di highway, RnR lah yang menjadi pilihan. Tapi kalau perjalanan balik kerja, biasanya saya singgah di stesen minyak. Yelah, bukan nak rehat apa tapi singgah sebab nak ke toilet, nak beribadat (solat) atau nak beli makanan (sebab nak makan dalam kereta iaitu mengaplikasikan point no 4 di atas )

    6-Bermain  
    Ah hah..this is the best part. Permainan adalah subjektif, tertakluk kepada minat masing-masing. Masa kecik2 dulu, kalau naik kereta balik kampung, saya dan abang biasanya akan main kira markah. Cara main dia begini, dapat markah jika ayah potong (overtake) sebuah kenderaan, dan tolak markah jika kereta kami dipotong oleh kenderaan lain. Markah bergantung pada jenis kenderaan, kalu lori dan bas markah adalah lebih tinggi.hehe. Oh ya selalunya ayah pandu perlahan maka markah yang terkumpul tak banyak le, kadang-kadang sampai kena hutang markah (ya di sini konsep nombor negatif telah digunapakai walaupun ketika itu saya masih belum bersekolah dan abang pun baru tadika kot)

    Bila umur makin meningkat, permainan tersebut tidak lagi relevan..maka permainan baru telah dicipta, ewah..permainan reka perkataan dan reka ayat penyata

    permainan reka perkataan - mudah saja, reka perkataan berdasarkan plet kenderaan berhampiran anda
    contoh:
    BJR = banjer(o)
    KCH = kancah
    PDP = padayappa
    KCP = kicap
    WNB = wannabe

    permainan reka ayat penyata - lebih mudah, bila ayat berdasarkan huruf pertama pada plet kenderaan
    contoh:
    PHC = perempuan hilang cinta
    PHC = pengantin hidup ceria
    AFS = aku frust sangat (tolong markah sebab bahasa rojak)
    KBD = kereta bawa duit
    PGL = puteri gunung ledang
    PGD = puteri gunung daik
    KBE = kereta bawa ehem2
    WGS = wa ganas selalu
    WLH = wa langgar hancur
    KCD = kereta cantik di-luar
    KCD = kereta calar di-dalam
    KCD = kita cinta dia
    Ok ok sudah la tu, banyak pulak contohnya..oh ya permainan ini memang dapat mengasah minda dan daya kreativiti serta kadar prestasi untuk berfikir dengan pantas.wuwuwu
      7-Memakai aksesori
      Ini terpulang pada keinginan masing-masing. Mungkin anda gemar menggayakan spek mata rayban semasa memandu (untuk elakkan silau), memakai stongan (untuk mencegah tangan anda daripada jadi hitam), memakai jaket tebal (elakkan diri anda daripada membeku sebab ekon kuat sangat)..huhu, merapu dah tu
      Stongan bercorak pelangi dapat menghilangkan stress ketika terperangkap dalam kesesakan lalulintas

      Ok, selamat mencuba..byeee



      www.tips-fb.com

      0 comments:

      Blog Widget by LinkWithin
      Kuala Lumpur

      Sembang2

      Name :
      Web URL :
      Message :
      :) :( :D :p :(( :)) :x

      Search This Blog

      Loading...

      Klik2

      iluvislam

      Rakan2

      Jom jenguk

      Popular Posts

      My Family

      Daisypath

      Followers

      Locations of visitors to this page
      stat counter

      Online Entertainment

      Blog Archive

      Web Pages referring to this page
      Link to this page and get a link back!