RaihanHairan

Live and work but do not forget to play, to have fun in life and really enjoy it ;]

Donashi

Dua minggu lepas merupakan birthday Umair yang ke 7 bulan.hihihi, cerita basi dah ni. Jadi, ibu dan bapa telah bersepakat untuk meraikannya dengan membuat jamuan kecil di rumah, tanpa jemputan kecuali ahli keluarga yang tinggal di rumah itu sahaja..

Balik dari tempat kerja, selepas menjemput bapa di pejabat beliau, kami terus ke Tesco untuk membeli Donashi.

Nyum-nyum, pelbagai jenis, warna dan rasa. Pasti menambat selera ramai terutamanya kanak-kanak.













Umair teruja tengok Donashi sampai tak sedar baju terselak nampak pusat..wuwu

Macam telur salmon tapi sebenarnya jeli perisa oren tu..

Dalam tapawe kecil tu ada coklat cair. Boleh cicah Donashi. Tapi saya tak cicah pun, rasanya donut tu saja dah cukup manis kot. Setiap donashi ada filling yang berlainan.

 Ok, sila buat pilihan anda. Saya suka Do-Awabi. Inti coklat, luar kacang.

Jika berminat, silalah ke Big Apple Donuts and Coffee berhampiran. Harga Donashi adalah RM25 untuk 28 ketul dan RM20 untuk 18 ketul.

Selamat Membeli!
www.tips-fb.com

Oreo Chocolate Candy

Hai, kita bersiaran dari dapur Puan Fauziah di Taman Meru. Resipi kita pada hari ini adalah 'Oreo Chocolate Candy' atau setelah dialihbahasa menjadi Kandi Cokelat Oreo. haha, apa apa jelah..

Bahan-bahan:
Coklat masakan, biskut oreo, shortening(ni takde pun takpe)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat masakan bersama sedikit shortening(boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek).
Cairkan coklat dengan cara double boil. Kalau boleh biarkan coklat mencair atas wap je,jangan bagi bekas yang berisi coklat terkena air.


Coklat putih, coklat hitam dan coklat berperisa pandan yang telah dicairkan.


2. Tuangkan coklat ke dalam acuan. Untuk bahagian bunga, boleh guna fine brush atau sudu kecil. Saya guna 'Wilton Cookie Candy Mold'.Masukkan coklat hingga 2/3 ruang acuan. Jangan bubuh penuh sebab jap lagi kita nak masukkan biskut Oreo pulak.



3. Celupkan biskut Oreo ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti ais. Bila dah beku, keluarkan dari acuan dan boleh makan.



Selamat Mencuba! www.tips-fb.com

Banjir Kilat di Perlis 2010

Dilaporkan bahawa banjir yang melanda Perlis pada tahun ini lebih teruk berbanding tahun 2005. Alhamdulillah kawasan pejabat di Kuala Perlis dan rumah sewa di Pauh masih ok dan tidak ditenggelami air. Jom tengok gambar: 

Pusat bandar Kangar


 

Kedai perabot berhampiran traffic light Taman Ceria


 Sekolah Derma


 
Behor Empiang


Bintong

Semoga semua mangsa banjir di Perlis, juga Kedah dan Kelantan dapat terus tabah dan banyakkan bersabar. Ini semua ujian Allah untuk hamba yang Dia sayangi dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Aku pun insaf tengok semua ni.

pic from facebook Mazni Shuhada, Najah Ghazali and Elfi Harris.
www.tips-fb.com

Blog Widget by LinkWithin
Kuala Lumpur

Sembang2

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Search This Blog

Loading...

Klik2

iluvislam

Rakan2

Jom jenguk

Popular Posts

My Family

Daisypath

Followers

Locations of visitors to this page
stat counter

Online Entertainment

Blog Archive

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!