Salam semua. Entry kali ini khas buat peminat-peminat Umair yang merindukan Umair yang debab suatu masa dahulu. Kini Umair telah susut badannya kerana beliau amat aktif dan lincah.
Baiklah, jom kita ke Gua Kelam. | |
 |
| G.U.A. K.E.L.A.M. (baca secara terbalik dapat meningkatkan IQ anda) |
Gua Kelam meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Jaraknya lebih kurang 33km daripada bandar Kangar. Oleh kerana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam sentiasa menyelubungi gua ini, maka ia dinamakan sebagai Gua Kelam.
Gua Kelam terbahagi kepada dua, iaitu Gua Kelam I dan Gua Kelam II. Di samping itu, terdapat juga sebuah sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter. Sungai tersebut mengalir melalui banjaran batu kapur boleh dilihat semasa anda berjalan di dalam gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena semulajadi.
Ok, ayuh kita jalan-jalan di kawasan luar gua dulu. Jom menyusuri di tepi sungai.
 |
| Gelongsor tu nampak macam best. |
 |
| Suasana yang tenang, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. |
 |
| Umair syok tengok budak-budak mandi manda sambil terjerit-jerit. |
Selepas berjalan di laluan jalan jalan kaki yang disediakan di tepi sungai, kita boleh terus naik tangga ke Gua Kelam II. Di sini anda boleh naik keretapi sambil bersiar-siar di sekitar Gua Kelam, tetapi malangnya semasa kami datang stesen keretapi ini dalam proses renovation. Selain itu, terdapat juga muzium kecil yang menceritakan asal usul gua ini.
 |
| Mengabadikan kenangan di landasan keretapi..eheh |
 |
| Bayi ceria |
Kemudian, kami berjalan ke Gua Kelam I. Taman Rekreasi Gua Kelam ini terkenal dengan laluan gua (
cave walk).
 |
| Suasana dalam Gua Kelam yang tak berapa kelam sebab ada banyak lampu. |
 |
| Ada ruang berhenti - boleh ambil gambar kat kawasan tu. |
 |
| Ok, dah tembus gua. Kita rehat dulu. |
Begitulan serba sedikit perihal Gua Kelam. Bayaran dikenakan untuk memasuki gua, kalu tak silap RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Ok, jom balik. Bye bye.
1 comments:
sakan berjalan umair ni kecik2 pun...
Post a Comment