RaihanHairan

Live and work but do not forget to play, to have fun in life and really enjoy it ;]

Biskut Koko Krunch

Hi, kita kembali lagi dalam rancangan... Senduk Fifi...!
Ada dengar tak kat Hot.f.m? Layan gak la walaupun last-last rasa nak lempang je si Fifi tu..uhuh

Pada petang yang berbahagia ini, saya ingin kongsikan satu resepi biskut raya yang mudah teramat mudah. Mudah sangat sambil pejam mata pun boleh buat nih.

Bahan-bahan:
  1. Koko Krunch
  2. Bubble rice
  3. Coklat masakan
  4. Manik urai (sebagai hiasan)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat masakan dengan cara double boiled (letak atas wap air mendidih- nih ayat saja nak bagi susah) 

2. Bila coklat sudah mencair sepenuhnya, angkat dari dapur dan masukkan Koko Krunch. Jumlahnya ikut suka hati anda. 





















3. Kemudian masukkan bubble rice pula. Ikut suka nak bubuh banyak mana.ihihihi





















4. Gaul hingga coklat, Koko Krunch dan bubble rice sebati dan melekat di antara satu sama lain. 





















5. Cedok sikit dan letakkan ke dalam paper cup.

6. Taburkan manik urai.. siap! Boleh terus dimakan :)

Walaupun rupanya huduh tapi rasanya sedap. ihihihihi. Selamat Mencuba!
www.tips-fb.com

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
Kuala Lumpur

Search This Blog

Loading...

Rakan2

Jom jenguk

Popular Posts

My Family

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Locations of visitors to this page
stat counter