Hi, dalam episod kali ini, saya ingin berkongsi satu resipi yang mudah, lazat serta berkhasiat. Dek kerana kecewa dengan Kedai Dotdot (bukan nama sebenar) di Kuala Kedah yang menghidangkan 'siakap masak stim tak rasa apa-apa', maka saya masak sendiri bagi menebus kekecewaan itu. uhuk (batuk)
Sebelum ni pernah try buat ikan masak stim ini, tapi sebab saya tak reti nak adjust bagi dia berkuah, maka saya mencoba resipi yang lain (yang ada kuah, supaya boleh hirup slurrrrpp...yummy!).
Bahan-bahan:
- Ikan siakap (tapi saya guna ikan Gerut. nak guna ikan bawal, ikan merah pun boleh)- ikan perlu diperap dengan sos tiram dan sos ikan sejam sebelum masak.
- 3 biji asam boi
- bawang putih (blend)
- bawang merah besar (belah 6)
- 3 batang serai (potong serong)
- halia (hiris halus)
- cili padi (blend)
- serbuk perasa ikan bilis
- garam
- jus limau nipis
- sikit tepung jagung
- daun ketumbar
- daun bawang
- cili merah
- carrot
- (semua dihiris halus)
Cara-cara:
- Tumis bawang putih, separuh halia, serai dan cili padi. Bila dah wangi masukkan air, bawang merah dan pati ikan bilis.
- Bila dah mendidih masukkan ikan.
- Bila ikan dah masak, masukkan cendawan, lebihan halia, jus limau nipis, asam boi dan garam.
- Bila dah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung untuk likatkan kuah.
- Angkat dan letak dalam pinggan (dan taburkan bahan hiasan).
![]() |
| Rupa ikan i masa sedang diperam. |
![]() |
| Inilah hasilnya.... |






0 comments:
Post a Comment