Sempena hari lahir saya yang ke 28 hari Ahad lalu, tiba-tiba rasa teringin nak makan Marble Cheese Brownies. Mula-mula ingat nak order je dari NajahBakery, (sebab dulu pernah order kek hari jadi Umair, memang sedap kek dia!) tapi disebabkan kesuntukan masa (saya nak ambik cepat), so tak jadilah order. Sekali-sekala buat sendiri, best jugak...
Marble Cheese Brownies
Bahan-bahan untuk brownies:
- 250g butter
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur gred B
- 1.5 cawan gula kastor
- 0.5 cawan susu cair
- 1.5 cawan tepung gandum *
- 1 tsp baking powder*
- 1 tsp soda bikarbonat* (semua bahan * diayak bersama)
- 1 tsp esen vanilla
- Cairkan butter (guna cara double boil). Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
- Hand whisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter & koko. Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau sebati.
- Masukkan bahan-bahan * sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
- Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius. Alas loyang 10x10 dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada 2 belah yang bertentangan supaya mudah keluarkan brownies.
- Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sikit untuk buat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
- Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
- 250g cream cheese
- 1 cawan gula kastor
- 1 biji telur gred B
- Pukul cream cheese hingga gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
![]() |
| Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese. |
![]() |
| Lorekkan ikut citarasa anda. |
![]() |
| Dah siap lorek, masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi sehingga 15 mnit atau hingga cheese masak. |
![]() |
| Dah masak! |
![]() |
| Biarkan sejuk sebelum dipotong. (abaikan semak samun di belakang tu, I bawak bekal ke office tu) |
Resipi ni saya ambil dari sini. Thank you Rinchan di atas penerangan dan gambar yang lengkap. Sekarang saya dah tahu macammana nak buat corak marble!!!! hihihihi










0 comments:
Post a Comment