Posted by
hairan189
at
Tuesday, December 20, 2011
Kadang-kadang aku pun pelik dengan diri sendiri. selain gemar membeli syampu dan beli kerongsang (di Padang Besar), aku juga suka membeli kek hari jadi..ihi..tapi bukan untuk diri sendiri la, untuk orang lain.
1. MIL
2. Umair
 |
| Kek Red Velvet bertemakan Upin Ipin |
 |
| Fokus kat Umair je, abaikan bibik tu |
 |
| Umair terharu..hik2 |
 |
| ni untuk makan di office |
3. Nizam
4. Nizar
5. Zaid dan Shahirah
Tak sabar nak tempah kek untuk Umair tahun depan....ahahahahaha
Posted by
hairan189
at
Satu petikan yang aku baca dari novel Stanza Cinta. Novel ni jalan ceritanya biasa aje tapi banyak diselitkan dengan kata-kata hikmah, hadis dan terjemah Al-Quran.
"Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunkannya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai demensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu kepada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya."